Oleh : Mohd Azami bin Zokerefli


Maulidur rasul pada tahun ini telah jatuh pada 15 Februari 2011. Dan sepertimana kebiasaannya mereka yang menyambut valentine day ini jatuh pada 14 februari 2011. ,masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata sahabat saya “ha..kita tengok ngan budak-budak yang kononnya sambut hari kekasih, esok tu sambut tak maulud nabi ni” kata seorang sahabat saya dengan muka yang berkerut-kerut. Saya juga terfikir-fikir apa yang akan jadi dengan pasangan-pasangan yang berpacaran sebelum berkahwin ini dalam keadaan sambutan hari kekasih ini. “fuh..merenung panjang…aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku kuat untuk berada dijalanMu ya Allah dan jangan Kau uji hambaMu ini ya Allah ape yang aku tidak mampu dan jangan Kau pesongkan hatiku setelah hidayah Kau berikan” monolog doaku sendirian.

Maulidur Rasul yang bakal tiba ini adakah dipeduli oleh anak-anak muda? Adakah anak muda ghairah untuk meraikannya? Adakah mereka ingin dalami akhlak dan keperibadian Nabi SAW? Mahukah anak muda untuk mendalami dan mengingati sejarah perjuangan Nabi SAW? Cuti umum yang diberikan oleh kerajaan, adakah anak muda benar-benar manfaatkannya demi kasih dan cinta kepada Nabi SAW? Kita tepuk dada dan tanyalah iman.

Begitu banyak sebenarnya landasan-landasan yang disediakan oleh banyak pihak untuk anak muda ini mendalami sejarah Nabi SAW, bagaimana untuk mencintai Nabi SAW dan sebagainya. Banyak bukan? Tetapi sebenarnya kondisi anak muda kini boleh menjadi satu ukuran bagaimana sambutan maulidurrasul nanti, ghairahkah mereka untuk menyambut maulud nabi ini. Sekali lagi tepuk dada dan tanyalah iman.
 
Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,

“Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya.”

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berkata


,”Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri.” Dan Sayyidina ‘Umar berkata,”Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri.”

Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi,

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi” (33:56).

Banyak dalil-dalil yang menekankan kepada kita akan kewajipan kepada kita untuk mencintai nabi SAW. Namun apakah kita tidak sedar ataupun buat-buat tidak sedar.

Sedang saya menulis artikal ini saya, saya teringat satu pengakuan dari seorang gadis yang masih bersekolah didalam sebuah akhbar yang bertajuk “TERKULAI DI HARI VALANTINE” yang bertarikh 4 Feb. 2011. Bukan niat saya untuk mengeji gadis dan lelaki tersebut serta watak-watak yang ada di dalam laporan akhbar tersebut, namun perbuatan yang mereka lakukan pasti tidak boleh diundur lagi. Ditangkap di hotel, di semak-semak dan sebagainya, namun apakan daya nasi sudah menjadi bubur.

Ya. Tidak lain tidak bukan kerana cinta hawa nafsu mereka. Sesetengah mereka sanggup menggadaikan apa sahaja kerana ingin buktikan bertapa mereka ini saling cinta menyintai pada hari tersebut. nauzubillah …sedarkah mereka akan wujudnya valentain ini untuk meruntuhkan akhlak umat islam terutamanya pemuda-pemuda islam. Tahukan mereka akan sejarah valentine day ini.
 
Saya mengambil beberapa olahan sejarah valentine di internet.
 

Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari ‘Valentine’ ini.

Pada 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’
 
Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang ‘martyr’ bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Masyarakat Rom juga meraikan Hari ‘Valentine’ pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.
 
‘Valentine’ adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa kisah mengaitkan paderi Valentine ini dengan sambutan Hari ‘Valentine’. Antaranya ialah paderi itu orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.

Jasanya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan itu, tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun. Hal ini juga sebagai cara untuk mengenang semua jasa paderi Valentine itu dalam usahanya untuk menjatuhkan Islam .
 
Dasyat bukan apa itu valentine ini. Namun apakah tindakan kita? Apakah kita hanya mamou melihat dan hanya melihat ramai anak-anak
gadis terkorban di hari kononnya kekasih ini.??

Namun begitu saya cukup menyanjungi mereka yang bertungkus lumus dalam hal seperti ini dan seumpamanya, kerana tidak mengenal penat lelah dan semoga penat lelah kalian dibalas oleh Allah SWT.
 
Sedarlah kalian, hebatnya sesebuah tamadun bilamana hebatnya pemuda mereka, tetapi runtuhnya sesebuah tamadun bilamana runtuhnya pemuda mereka.

Maulidur Rasul VS Hari Valentine
%d bloggers like this: