KISAH IBRAHIM BIN ADHAM DAN SEBIJI KURMA
===========================

Ibrahim bin Adham Lahir di Balkh dengan nama Abu Ishak Ibrahim bin Adham pada tahun 168 Hijriah atau 782 Masehi. Beliau merupakan seorang raja di Balkh yakni sebuah daerah tempat awal perkembangan ajaran Budha. Kisah Ibrahim bin Adham adalah satu kisah yang cukup menonjol di masa wal kesufian. Ibrahim bin Adham lahir dari keluarga bangsawan Arab yang dalam sejarah sufi ia sangat dikenali ramai kerana meninggalkan kerajaannya dan memilih menjalani latihan pengendalian tubuh dan jiwa sama seperti yang dilakukan oleh Budha Sidharta. Dalam tradisi kesufian banyak menceritakan tentang tindakan keberanian, rendah hati, serta gaya hidupnya yang cukup bertolak belakang dengan kehidupannya semasa menjadi Raja Balkh.

Dalam satu kisah setelah selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke masjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, dia membeli 1 kg kurma dari seorang pedagang tua di Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebiji kurma terletak berdekatan timbangan. Menyangka kurma itu sebahagian dari yang beliau beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu dia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

Setelah 4 bulan selepas kejadian itu, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Dia solat dan berdoa dengan khusyuk. Tiba tiba beliau mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. “Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan Allah Swt,” kata malaikat yang satu. “Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana 4 bulan yang lalu dia memakan sebiji kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di masjidil haram,” jawab malaikat yang satu lagi. Ibrahim bin Adham tersentak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh Allah Swt disebabkan memakan sebiji kurma yang bukan haknya. “Astaghfirullahal adzhim.” Ibrahim beristighfar.

Dia terus berkemas untuk kembali ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Setelah sampai di Mekkah dia terus menuju tempat penjual kurma itu, tetapi tidak menjumpai pedagang tua itu kecuali seorang pemuda
“Empat bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Dimana dia sekarang ?” tanya Ibrahim. “Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma.” jawab pemuda itu. “Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya harus meminta penghalalan ?”. Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, pemuda itu mendengarkan penuh minat. “begitulah” kata Ibrahim setelah bercerita, “Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, mahukah engkau menghalalkan sebiji kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?”. “Bagi saya tidak masalah. Insya Allah saya halalkan. Tapi saya tidak pasti dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatasi nama kan mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.” “Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu.” Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui saudara-saudara pemuda tersebut. walaupun jarak satu dengan yang lainnya berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebiji kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. “Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak disebabkan makan sebutir kurma milik orang lain.” “Tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, dia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebiji kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang dia sudah bebas.

Sahabat, dari kisah di atas dapat kita mengambil kesimpulan, bahwa Islam mendidik umatnya untuk selalu memakan makanan yang halal. Sebab dengan makanan dan minuman yang tidak jelas kehalalannya boleh menyebabkan doa tertolak. Mudah-mudahan kita selalu di jauhkan dari makanan dan minuman yang diharamkan mahupun yang syubhah. Aamiin.

#PMIBERSAMAMU

KISAH IBRAHIM BIN ADHAM DAN SEBIJI KURMA
%d bloggers like this: