Seorang pelukis profesional sedang melakar pemandangan satu taman yang begitu indah sekali,kelihatan sang tupai sedang kejar mengejar melompat antara dahan ke dahan di atas pokok-pokok yang rendang memayung antara satu sama lain.rumputnya hijau menyegar,seolah-olah  melambai-lambai kepada setiap yang memandangnya,air terjun tidak henti-henti memainkan lagunya,kicauan burung-burung memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya…….

           Sudah tentu lukisan itu akan menjadi sangat cantik umpama pemandangan itu jua…harganya boleh melambung tinggi ,mungkin dibida-bida dengan harga yang tinggi oleh pengemar lukisan yang kaya – raya,mungkin juga dipamer di bangunan-bangunan kesenian.Malahan,mungkin akan terpampang dikaca televisyen seluruh dunia sepertimana potret Monalisa yang sentiasa tersenyum kepada sesiapa sahaja yang menatapnya……

           Sudah tentu lukisan itu tidak menjemukan dan menjadi sajian mata untuk ditatap setiap hari oleh mereka yang berjiwa seni..,setuju?

            Tetapi…….,bagaimanakah pula jika lukisan yang begitu cantik itu dilukis mengunakan nanah sebagai dakwatnya? nanah yang membusuk dan menjelikkan,meloyakan setiap anak tekak yang menghidunya dan amat buruk dipandang oleh setiap mata.,adakah harga lukisan itu juga akan tinggi?adakah lukisan itu akan digemari oleh manusia walaupun lukisan itu amat cantik dilukis?
Sudah tentu tidak!

           Ketahuilah wahai pembaca-pembaca yang budiman sekalian,sesungguhnya dunia ini umpama lukisan itu…pemandangan yang indah itu adalah syariat ketentuan Allah yang ditaklifkan kepada hamba-hambaNya,walaupun seindah mana sekalipun pemandangan itu,lukisan kita tidak akan menjadi indah sekiranya kita tidak melukis seperti pemandangan itu….hukum-hukum Allah itu amat indah jika dihayati,jadilah seorang yang berfikiran jauh dalam memahami hikmah syariat  Allah ini,fikirlah hingga kenegeri akhirat sana ,kerana disitulah sebenarnya kehidupan.

            Jika disebut tentang kehidupan,berasa malulah wahai diri jika apa yang terbayang dikepala kita adalah harta,kesenangan dunia,pangkat ,perempuan dan sebagainya…kerana makna kehidupan yang sebenarnya adalah apa yang kita perolehi selepas mati,adapun dunia ini cumalah jambatan untuk menuju ke negeri akhirat.

            Ketahuilah juga wahai para sahabat,bahawa dakwat yang kita gunakan untuk melukis itu adalah umpama niat kita,secantik mana sekalipun lukisan itu,tiada nilainya seandainya dakwatnya adalah nanah yang jelik,Niat itu pula adalah jambatan kepada amalan kita untuk diterima Allah,sehebat mana pun kita beramal,seandainya bukan kerana Allah..maka itu ialah fatamorgana semata-mata!

            Benarlah,niat itu adalah rahsia antara Allah dengan hamba-hambanya…cukup hanya kita sahaja yang boleh tilik,cermin keikhlasan niat kita…bukannya ibu-bapa kita,bukannya para sahabat kita.Janganlah diri ini tertipu dengan pujian.Sebaliknya,tanyalah kembali diri ini,adakah layak untuk dipuji?sudah tentu tidak sama sekali,kerana segala pujian itu adalah kembali kepada Allah!

            Dan kita jua, janganlah sesekali cuba menyangka-nyangka niat orang lain,kerana akal kita amatlah terbatas,langsung tidak mampu membaca niat orang lain..jauhilah dari sangkaan-sangkaan buruk yang bermain di hati kita,kerana takut-takut sangkaan itu adalah bisikan syaitan yang dahagakan permusuhan antara mukmin!Biarlah kita menjaga niat kita.Kerana menjaga niat itu amat memerlukan kepada mujahadah yang besar…Mana mungkin seseorang yang ikhlas melakukan amal islami sanggup melihat wajah wanita yang bukan mahram baginya dengan kadar yang lama tanpa ada sebarang keperluan?Ini adalah kerana dia takut…dia takut syaitan akan mengambil alih hatinya lalu mengubah niat ikhlasnya itu kepada niat membuat amal kerana perempuan itu!Lalu kosonglah,hancur luluh berkecai  menjadi  debu yang berterbangan segala amalan yang dia lakukan selama ini…berhati-hatilah wahai diri yang menulis ini..berhati-hatilah wahai para sahabat…

           Moga-moga apa yang ditulis ini menjadi teguran kepada si penulis ini,dan nasihat kepada yang membaca,dan moga-moga apa yang ditulis ini adalah kerana kesyukuran atas nikmat diperilmukan oleh Allah kepada penulis,bukannya kerana mahu takabur dengan ilmu yang ada.

WaLlahua’lam

Nukilan:
Perindu Syahid
Kejurutereraan Kimia(Polimer)
Sahabat PMIUTM

::KARYASISWA:: Sebuah Lukisan Kehidupan
%d bloggers like this: