ISU STATUS HALAL PRETZEL DOG AUNTIE ANNE’S
===========================================

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu status halal francais Auntie Anne’s Malaysia yang dikatakan masih belum berjaya mendapatkan sijil halal tersebut dari pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) adalah kerana nama salah satu menu yg dijual di situ iaitu Pretzel Dog.

Perkara ini terjadi adalah disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa media alternatif yang telah menggunakan tajuk yang salah dalam menyebarkan maklumat berkaitan isu ini di website atau blog mereka. Golongan sebegini tahu bahawa rakyat Malaysia lebih suka membaca tajuk yang ‘catchy’ dan gemar membuat spekulasi dan tanggapan sendiri tanpa mengetahui atau menyelidiki cerita sebenar di sebalik tajuk tersebut.

Perbuatan seperti ini telah menggugat keamanan dan kesepaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sekaligus memberikan perspektif buruk kepada imej Islam itu sendiri sepertimana yang telah berlaku di negara-negara luar akibat pengaruh Islamophobia.

Untuk makluman, sebab sebenar francais tersebut masih belum mendapat sijil halal bukanlah kerana nama menu itu, tetapi adalah kerana beberapa kertas kerja yang tidak lengkap seperti yang telah dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Halal JAKIM, Dr. Sirajuddin Suhaimee dalam satu sidang media baru-baru ini. Pihak JAKIM hanya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan untuk menjamin kesucian dan keyakinan rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya terhadap sesuatu makanan, barang atau produk sebelum meluluskan permohonan sijil halal kepada semua syarikat pengeluar di Malaysia bukan hanya pada francais Auntie Anne’s itu sahaja.

Di samping itu, eksekutif Auntie Anne’s, Farhatul Jamilah juga telah menjelaskan beberapa sebab kenapa mereka belum mendapat sijil halal tersebut dan nama menu itu adalah sebab yang terakhir sekali, bukanlah sebab utama seperti yang diwar-warkan oleh beberapa media alternatif.

Justeru itu, PMIUTM menyeru agar rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati dan selidik dahulu apa jua berita atau info yang disebarkan melalui media alternatif. Di samping itu, PMIUTM juga berharap agar pihak berkuasa dapat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas aktiviti blogger dan admin sesebuah blog atau website untuk mengelakkan sebarang penyebaran info dan berita yang salah kepada umum.

‘Meneraju Kesatuan Ummah’

#pekaIsuSemasa
#banterasIslamophobia
#PMIBERSAMAMU

14721694_10154166550943315_3228813328894005547_n

ISU STATUS HALAL PRETZEL DOG AUNTIE ANNE’S
%d bloggers like this: