Ingatlah peringatan Prof. Allan Bloom di dalam buku The Closing of American Mind (1987) mendedahkan suatu fenomena yang telah melanda generasi mahasiswa universiti di Amerika Syarikat yang sewajarnya perlu dijadikan iktibar kepada semua rakyat Malaysia, khususnya mahasiswa Islam.

Menurutnya, berbeza dengan kelompok pelajar daripada Eropah, generasi pelajar di Amerika memasuki universiti dengan keadaan memiliki minda yang kosong, digambarkan dengan ungkapan the clean slate kerana minda mereka lazimnya tidak diperkukuh dahulu oleh mana-mana karya besar penulis dunia Barat. Jika dibandingkan dengan para pelajar dari Perancis sebagai contoh, minda mereka terlebih dahulu telah diperkaya oleh karya-karya Nietzsche, Russuoue, Descartes dan sebagainya. Justeru, kehadiran mahasiswa yang sudahpun terdedah dengan pembacaan karya-karya besar ini ke universiti pada hakikatnya membantu menjadikan usaha pembelajaran mereka lebih terarah, atau pendek kata memurnikan tujuan “kewujudan” mereka di menara gading dan fungsi mereka sebagai “mahasiswa”. Mereka akan terus mencari dan memperdalam pengetahuan asas ini, berbeza dengan pelajar Amerika yang sebaliknya lebih bersifat mencari arah dan haluan di universiti.

Sesungguhnya, orang yang berjiwa kerdil sering bercakap tentang perihal orang lain manakala insan yang berjiwa besar pula akan lebih bercakap tentang idea. Untuk mendapatkan idea yang baru, tidak dapat tidak, kita haruslah membaca. Membaca pula bukanlah bererti membaca seadanya, tetapi pembacaan kita perlulah mampu meransang dan menggerakkan minda untuk berijtihad dalam suasana yang dihadapi di hadapan mata.

Kepada individu-individu yang sudahpun memiliki budaya membaca yang baik, langkah seterusnya adalah untuk terus meningkatkan usaha pembacaan kita ke tahap yang lebih serius dan kritikal. Antara yang perlu diusahakan adalah mewujudkan kumpulan-kumpulan perbincangan (baca : usrah) yang serius membedah dan mengkaji kandungan buku-buku terbaik yang dipilih. Dari apa yang saya dapat maklumat dari Ustaz Hasrizal Jamil yang pernah berada lama di Turki, tahap inilah yang dilakukan oleh kader-kader AKP dalam usrah “taarif” mereka… jadi bayangkanlah sendiri bagaimana “takwin” dan “tanfiz” mereka…

http://rijal82.blogspot.com

inilah tahap usrah “taarif” kader-kader AKP…
%d bloggers like this: