If You Like Someone Make Du’a for Them, If You Dislike Someone Make Du’a for Them
=============================

Doa merupakan satu anugerah yang sangat istimewa dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hamba-Nya. Makna doa adalah pemohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya.

Berdoa bukan sahaja untuk diri kita sendiri, kita juga digalakkan untuk berdoa kepada orang lain, sama ada kepada saudara, sahabat, malah juga kepada sesiapa yang tidak dikenali. Berdasarkan sebuah hadis sahih yang berikut:

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim]

Apabila kita berdoa kepada seseorang, sebaik-baiknya kita berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuan orang itu). Ini kerana, dengan cara itu akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa. Selain itu, berdasarkan hadis di atas juga, apabila kita berdoa kepada orang lain, kita juga akan menerima doa kita sendiri dan merupakan antara doa yang mustajab.

Oleh itu, berdoalah kepada mereka sama ada kita kenal atau tidak kenal, suka atau tidak suka. Apabila kita sukakan kepada seseorang kerana Allah, doalah kepada Allah untuk orang yang kita sukai itu agar kehidupannya sejahtera dan dinaungi rahmat-Nya. Sama juga kepada mereka yang kita tidak suka, cuma tambahkan dalam doa kita agar orang itu memperoleh hidayah daripada Allah agar berada di jalan yang lurus.

#PMIBERSAMAMU

IF YOU LIKE SOMEONE, MAKE DUA FOR THEM
%d bloggers like this: