Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tahniah kepada anda, mahasiswa-dan mahasiswi baru Universiti Teknologi Malaysia , Johor Bahru sesi 2013/2014 kerana telah berjaya menjejakkan kaki dengan memakai gelaran MAHASISWA mahupun MAHASISWI.

Selamat memasuki kampus, sahabat!

Kehidupan sebagai mahasiswa adalah salah satu perjalanan kehidupan yang sangat indah dan manis. Seorang mahasiswa yang cemerlang bukan hanya cemerlang di dalam akademiknya, malah cemerlang budi pekertinya dan teguh mengamalkan ajaran agama di dalam menjalani kehidupan. Mahasiswa yang cemerlang juga mampu dan bijak mengambil peluang dan kesempatan yang ada di dalam kampus untuk mengasah kemahiran insaniah (softskills) yang sememangnya berguna sewaktu berada di alam kerjaya. 

Tapi bagaimana? 

Sahabat,
Nak cemerlang dalam kehidupan? 
Luruskan niatmu setiap masa.
Nak cemerlang dalam pelajaran?
Suburkan rasa cintakan ilmu dalam hatimu.
Nak cemerlang akhlak?
Amalkanlah akhlak teladan Rasulullah.
Nak cemerlang berkomunikasi dengan orang lain?
Aktifkanlah diri berpersatuan dan program kemasyarakatan.
Nak cemerlang dalam mengamalkan ajaran agama?
Dapatkanlah ilmu yang sohih untuk diamalkan di dalam kehidupan dengan
Curilah masa ke kuliah-kuliah agama, dan
Rajinkanlah diri mengikuti USRAH.

Selamat merasai manisnya bergelar mahasiswa! 

Maznah binti Osman
Naib Presiden 2 merangkap
Pengerusi Hal Ehwal Wanita 
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru (PMIUTM) 

.:HEWI:. Meneraju Kepimpinan Wanita
%d bloggers like this: