HATI-HATI DENGAN VIRUS ZIKA

===========================

Individu yang dijangkiti virus Zika akan menunjukkan tanda tanda seperti demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis (mata menjadi merah, mengalami keradangan atau gatal pada mata). Namun 80% daripada individu yang dijangkiti Zika tidak menunujukkan tanda-tanda jangkitan ini.

Lebih membimbangkan pesakit yang membawa virus Zika di dalam badan mereka ini boleh menyebarkan virus tersebut kepada individu lain apabila nyamuk Aedes mengigit mereka.

Oleh itu, KKM menasihatkan orang ramai untuk mengambil serius isu ini dan membersihkan persekitaran setiap minggu samada di luar atau di dalam rumah serta memastikan tiada pembiakan Aedes seperti jentik-jentik hidup di sekeliling mereka.

Keutamaan mengamalkan perlindungan diri daripada gigitan nyamuk seperti menggunakan repelan dan memakai pakaian yang menutup anggota serta berwarna terang, bagi individu yang berkunjung ke Singapura terutama ke kawasan di mana berlakunya kes yang telah dilaporkan atau apabila mereka keluar dari rumah.

Bagi mereka yang pulang daripada melawati negara yang mempunyai jangkitan Zika, perlu mengamalkan hubungan seks yang selamat sekurang kurangnya 8 minggu bagi mengelakkan komplikasi microcephaly atau kecacatan pada otak bayi, sekiranya mereka atau pasangan mereka mengandung. Dapatkan rawatan di klinik ataupun hospital serta nasihat dari doktor segera sekiranya mengalami tanda-tanda jangkitan Zika.

Rujuk Kenyataan Akhbar KPK KKM bertarikh 28 Ogos 2016 di :

https://kpkesihatan.com//kenyataan-akhbar-kpk-28-ogos-201/

14207823_10154018613778315_150703943937536580_o

HATI-HATI DENGAN VIRUS ZIKA
Tagged on:     
%d bloggers like this: