Rabu, 12 Januari 2011 – Gol jaringan sendiri oleh pemain PMIUTM, Ibrahim Khalil membantu Kolej Perdana memenangi perlawanan 3-1 dengan PMIUTM di KDSE semalam.
Ibrahim tertampan bola ke jaring ketika cuba menyelamatkan gawang PMIUTM daripada dibolosi apabila pamain KP, Jason merembat deras ke arah pintu gol.
Bagaimana pun, PMIUTM terlebih dahulu mendahului permainan apabila Wan Ahmad Darimi berjaya memanfaatkan peluang setelah berjaya mengkucar-kacirkan gawang KP untuk memberikan jaringan pertama perlawanan buat pasukan PMIUTM.
Perlawanan dilihat seimbang pada separuh masa pertama apabila kedua-dua pasukan tidak henti-henti melancarkan serangat bertubi-tubi ke gawang lawan namun tiada sebarang gol dapat dijaringkan pada separuh masa yang pertama.
Hanya selepas gol pertama PMIUTM, pasukan KP dilihat mula mendapat rentak yang lebih sempurna untuk menjaringkan gol penyamaan 5 minit setelah jaringan gol pertama.
Pasukan Kolej Perdana mendapat bonus apabila Ibrahim Khalil secara tidak sengaja tertampan bola hasil rembatan deras pemain KP ke gawang sendiri. Keadaan kucar-kacir gawang PMIUTM berjaya dimanfaatkan pemain KP apabila mereka melengkapkan kemenangan dengan jaringan ketiga mereka.
Pengurus pasukan PMIUTM, saudara Zufar apabila ditemuramah menyatakan “Ini merupakan sebuah perlawanan persahabatan dan saya berpuas hati dengan persembahan permain walaupun keadaan padang yang basah dan berlecah, pemain masih mampu memberikan persembahan yang terbaik”

Gol Jaringan Sendiri Bantu Kemenangan KP
%d bloggers like this: