11 Oktober 2008: Hari ini PMIUTM sekali lagi berjaya menganjurkan Program Gema Aidilfitri bertempat di dewan Merdeka, Kolej Rahman Putra. Program ini telah mendapat sambutan
dari masyarakat kampus yang terdiri dari pelajar dalam dan juga luar negara. Persediaan dewan yang cukup indah dan menarik menambahkan kehangatan sambutan pada kali ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr Sulaiman bin Kadikon selaku penasihat PMIUTM. Para hadirin dan tetamu jemputan telah dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih raya dan hidangan-hidangan yang istemewa. Sambil menikmati jamuan yang disediakan, para hadirin disajikan dengan tayangan montaj dan tayangan paparan aktiviti yang PMIUTM telah anjurkan.

Sesuatu yang menarik perhatian ialah kehadiran sahabat-sahabat berbangsa Cina di dalam program ini menambah lagi seri majlis sambutan Aidilfitri. Mereka merupakan tetamu yang di undang khas untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh PMIUTM pada kali ini di samping mengeratkan hubungan sesama warga kampus.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh pelajar-pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di UTM. Para hadirin bertuah kerana Salah seorang dari pelajar antarabangsa yang berasal daripada Yaman sudi menyampaikan sebuah lagu untuk hadirin yang hadir. Semua yang mendengar cukup terpegun dan teruja dengan persembahan ala-ala syiekh Masyari tersebut. Ini merupakan julung-julung kali pelajar antarabangsa membuat persembahan di dalam program PMI.


Di akhir program, penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang sentiasa komited di dalam program dan aktiviti yang PMIUTM anjurkan. Seterusnya, Penyampaian hadiah Anugerah Khas Presiden PMIUTM dan juga Anugerah khas Naib Presiden II PMIUTM. Bagi anugerah khas Presiden PMIUTM telah di sandang oleh Abu Salman Bin Abd Aziz dari Lujnah sukan dan kebudayaan. Anugerah khas Naib Presiden II PMIUTM pula disandang oleh Nurul Sa’adah Binti Yusuf dari Lujnah HEWI. Anugerah khas ini diberikan kepada ahli yang komited dalam bergerak aktif dan istiqamah sepanjang bersama dengan PMIUTM.

Program ini sedikit sebanyak telah mengeratkan ukhuwwah semasa ahli, Pelajar Antarabangsa dan juga Non Muslim untuk lebih dekat PMIUTM. Dikesempatan ini, PMIUTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. ~ LPM PMIUTM~

Gema Aidilfitri
%d bloggers like this: