Skudai, 19 Mac : Presiden PMIUTM, Saudara Zaki Haron telah menemui wakil daripada penganjur Pesta Konvokesyen UTM Ke-46, saudara Alif (Timbalan Pengarah Pesta) bagi menyatakan penyampaikan PMIUTM terhadap penganjuran Pesta Konvo tersebut.
Pertemuan tersebut diadakan di kawasan Reading Station SUB.
Antara pengharapan yang terdapat di dalam surat yang diserahkan kepada pihak pengajur adalah PMIUTM berharap agar pihak penganjur:
1. Elakkan daripada mengadakan aktiviti-aktiviti yang lagho (melalaikan).
2. Elakkan daripada percampuran bebas lelaki dan perempuan.
3. Menghormati waktu solat.
4. Mematuhi dasar Universiti.
Zaki menyerahkan surat pengharapan kepada Alif
Di akhir perjumpaan, pihak penganjur berharap agar PMIUTM sedia menegur secara langsung kepada mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak baik sepanjang penganjuran Pesta Konvo tersebut nanti.
PMI mengucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada pihak penganjur Pesta Konvokesyen UTM Ke-46. –MyLPM

Elakkan Perkara Lagho
%d bloggers like this: