BERSABARLAH KERANA ITUKAN LEBIH BAIK?
=====================================

Teruji dan diuji. Allah berkali-kali menegaskan di dalam Al-Quran hakikat ujian kehidupan manusia dimana ujian yang diberi adalah untuk mengukur taraf keimanan seseorang itu.

Diantara ujian yang paling hebat ialah ketika seseorang itu sedang marah. Emosi marah susah dikawal kerana ia didorong oleh hawa nafsu ataupun iman seseorang itu. Lemah imannya, lemah jugak kawalan emosi si pembawa hati.

dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A. W bersabda: “Orang yang kuat itu bukan orang yang kuat dalam pertarungan tetapi orang yang kuat dalam menahan dirinya ketika marah.” (HR. Bukhari)

Apabila nasihat Nabi meminta supaya kita berdiam diri dan bersabar ketika marah, ia adalah pilihan yang terbaik. Mengalah bukan bererti kalah, tetapi mengalah itu untuk mengelakkan musibah lain yang menimpa.

Jaga-jaga ketika amarah kemuncak, boleh jadi iman kita merundum dalam hati dan akhirnya kita menerima padahnya.

#PMIBERSAMAMU

BERSABARLAH KERANA ITUKAN LEBIH BAIK?
%d bloggers like this: