JOHOR BAHRU, 16 Februari 2013 : Prof Dr Mohd Ismail telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor UTM yang akan berkuatkasa pada hari ini sehingga tempoh tiga tahun. Nama penuh beliau ialah Prof. Dr. Mohd Ismail Abd. Aziz, sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa UTM. Beliau juga merupakan pensyarah di Fakulti Sains dan pakar dalam bidang “Optimal Control Theory and Applications”, “Hierachical Optimal Control”, “Application of Game Theory in Resource Allocation”, “Stability Methods of Nonlinear Control Systems”, dan “Financial Mathematicsh”.

Menurut Naib Canselor, Prof Dato ‘Seri Dr Zaini Ujang, pelantikan Prof Ismail telah disyorkan oleh jawatankuasa pemilihan yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali. Pelantikan itu dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin.
Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Datuk Dr. Mohd Tajuddin bin Haji Ninggal atas jasa beliau sebagai Timbalan Naib Canselor dari Februari 2009 sehingga 15 Februari 2013. Kami juga mengucapkan selamat maju jaya kepada  Prof Dr Mohd Ismail atas perlantikan sebagai TNC UTM.
Laporan oleh :
Admin
Lajnah Penerangan dan Multimedia,
Persatuan Mahasiswa Islam,
Universiti Teknologi Malaysia
.::PMI BERSAMAMU::.

Rujukan :
1. http://www.news.utm.my/2013/02/new-utm-deputy-vc-appointed/
2. http://www.fs.utm.my/~webfs/fsweb/index.php?option=com_content&view=article&id=540:assoc-prof-dr-mohd-ismail-abd-aziz&catid=112:acadmicstaffmaths2009&Itemid=222

::Berita UTM:: Tahniah atas pelantikan TNC UTM
%d bloggers like this: