JUMAAT, 25 MEI 2012 – Persatuan Mahasiswa Islam UTM, Rakan Pusat Islam dan Rakan HEMA telah bekerjasama  dengan Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni(HEMA) dan Pusat Islam UTM yang menjadi penganjur solat hajat perdana bersempena minggu peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Majlis bermula sekita jam 7.00malam sehigga waktu Isyak.

Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran, Surah Al-Ghaafir: ayat 60.
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya selepas solat sunat “ba’diah” imam solat sunat hajat memberi sedikit penerangan mengenai cara menunaikan solat sunat hajat secara bersama dengan imam. Jemaah yang hadir solat hajat perdana ini beruntung kerana dapat menerima amanat daripada Timbalan Naib Canselor(TNC) UTM. Di dalam amanat beliau terdapat tiga perkara yang disentuh oleh beliau. Di sini PMI ingin berkongsi semua mahasiswa UTM khususnya dan pembaca yang budiman sekalian mengenai amanat beliau pada malam tersebut.

AMANAT TNC HEMA KEPADA MAHASISWA UTM KETIKA SOLAT HAJAT PERDANA
%d bloggers like this: