Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, telah berlalu bulan kelahiran Rasulullah saw. Namun, harapnya kerinduan, kasih dan sayang kita tidak hanya hangat di bulan Rabiul Awal sahaja. Majlis-majlis ilmu yang membicarakan berkenaan Rasulullah mestilah diteruskan agar generasi akhir zaman ini terus mengenali Rasulullah. Majlis-majlis yang memuji Rasulullah juga mesti diperkasakan agar ringan mulut umat akhir zaman ini berselawat kepada Rasulullah. Hadir rasa bertuah dan bersyukur di bumi Johor ini majlis-majlis memperingati Rasulullah subur walaupun bulan Rabiul Awal telah berlalu.
Kini, Rabiul Awal telah melabuhkan tirai Rabiul Akhir mengunjung tiba. Seperti bulan-bulan Islam lain ada sejarah yang terukir pada bulan-bulan Islam tertentu. Begitu juga bulan Rabiul Akhir, terdapat beberapa peristiwa yang telah berlaku. Antara peristiwa yang berlaku ialah, perperangan Jamal yang melibatkan Saidatina Aisyah r.ha dan Saidina Ali ra. Pasti timbul tanda tanya mengapa berlaku perperangan antara umat Islam pada zaman sahabat. Di kisahkan pada zaman ini berlaku fitnah yang besar. Kisah bermula dengan pembunuhan Saidina Usman ra. Kemudian Saidina Ali dilantik menjadi khalifah selepas kematian Saidina Usman ra. Sebelum perlantikan Saidina Ali ra sebagai khalifah, terdapat beberapa calon seperti Ali bin Abi Thalib, Abi Talhah, dan Zubair bin Awwam. Namun, Zubair dan Abi Talhah menolak untuk menjadi sebagai khalifah. Akhirnya, Saidina Ali dilantik menjadi khalifah dan berhasrat untuk mengembalikan keamanan  di Kota Madinah dan negara-negara Islam yang lain.
Kes pembunuhan Saidina Usman masih belum selesai. Para sahabat telah berjanji taat ke atas Saidina Ali dan memohon supaya Saidina Ali melaksanakan Qisas terhadap pembunuh Usman ra. Kemudian Ali berkata,  β€œBagaimana aku hendak bertindak dengan kaum yang kita tidak kuasai? Tiada cara hendak cari pembunuh Usman kerana mereka ramai dan tiada saksi ketika pembunuhan di rumah Usman. Siapa yang tahu cara untuk mencari pembunuh Usman sila bagitau aku!”. Semua sahabat terdiam dan taat kepada Saidina Ali. Selepas peristiwa itu, Talhah dan Zubair telah kembali Mekah.     
Sebelum kematian Saidina Usman ra, Saiditina Aisyah telah mengumpulkan tentera untuk membantu Saidina Usman menghadapi pemberontak di Madinah. Setelah sepasukan tentera dibentuk, pasukan tentera Aisyah pun menuju ke Madinah. Di dalam perjalanan menuju ke Madinah, berlakulah peristiwa pembunuhan Saidina Usman ra. Pada ketika itu, para sahabat mengemukan beberapa cadangan kepada saiditina Aisyah. Pertama, pergi ke Syam untuk bertemu Muawiyah untuk membantu menyerang Madinah. Kedua, terus menyerang Madinah dan terakhir, pergi ke Basrah untuk mengumpul kekuatan sebelum ke Madinah untuk menghapuskan pemberontak yang membunuh Saidina Usman ra. Semua cadangan tidak di terima kecuali cadangan terakhir.
Apabila Saidina Ali ra mendengar akan perkhabaran tentera saiditina Aisyah sedang mara ke Madinah, beliau juga mengumpulkan bala tentera dengan tujuan untuk mendamaikan keadaan tersebut. Malangnya, kebanyakan tentera saidina Ali merupakan golongan pemberontak. Abu Musa dan Hassan bin Ali menasihati Saidina Ali supaya jangan keluar dengan pasukan tenteranya kerana ia akan menambahkan lagi keburukan. Namun, Saidina Ali berijtihad untuk mengamankan keadaan pada ketika itu. Setelah saiditina Aisyah sampai di Basrah, tentera Ali juga turut sampai di Basrah. Berlaku perbincangandi Basrah. Aisyah, Talhah, dan Zubair menyuruh Saidina Ali mencari pembunuh Saidina Usman. Namun, Saidina Ali menjelaskan perkara tersebut adalah mustahil pada waktu itu. Saiditina Aisyah akur dan memberitahu tenteranya, tindakan mereka adalah salah. Hal yang sepatutnya mereka mesti taat kepada Saidina Ali selaku Khalifah pada ketika itu. Mereka berjanji dan bergabung untuk mencari pemberontak tersebut.
Secara ringkas berlakunya perperangan jamal kerana ada pekhianatan di dalam golongan tentera saidina Ali yang menyerang tentera Saiditina Aisyah ketika waktu malam (tidur). Berlaku salah faham bahawa Saiditina Aisyah menyangka Saidina Ali mengkhianati mereka dan membuat serangan balas. Dengan serangan itu, Saidina Ali menyangka Saiditina Aisyah telah menipu perjanjian mereka. Maka berlakulah pertempuran sehingga gugur syahid beberapa orang sahabat yang telah dijamin syurga seperti Abi Talhah dan Zubair bi Awwam. Perperangan berakhir dengan tiada pihak yang menang atau pun yang kalah. Bahkan ramai umat Islam yang terbunuh di dalam perperangan ini.
Saidina Ali berasa sangat berdukacita dengan perperangan Jamal yang membunuh sahabat-sahabat Rasulullah. Tambahan pula, ketika syahidnya Abi Talhah, Saidina Ali turun dari kuda tunggangannya dan mengangkat mayat Abi Talhah dan menangis sambil berkata, β€œSemoga Allah merahmatimu Aba Muhammad, sesungguhnya aku berasa amat sedih melihat engkau dibunuh di baw
ah bintang di langit. Kalaulah aku mati dahulu hingga aku tak lihat peristiwa ini”. Begitu juga penyesalannya terhadap kematian Zubair bin Awwam sehingga berkata kepada pembunuh kepada Zubair ialah ahli neraka kerana Zubair bin Awwam merupakan pembantu Rasulullah saw.
Dalam perperangan menggambarkan betapa besarnya fitnah yang berlaku ketika zaman sahabat sendiri. Namun, kita harus melihat bagaimana akhlak sahabat-sahabat walaupun di dalam keadaan apa pun masih mampu menjaga akhlak kepada khalifah. Seterusnya kita melihat betapa pentingnya seorang pemimpin yang berakhlak dan pemimpin yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Oleh itu, bertepatan dengan keadaan sekarang iaitu kehangatan pilihan raya umum yang semakin hampir. Sebagai mahasiwa yang sudah berupaya mengundi wajib memilih pemimpin yang baik akhlaknya, pemimpin yang menjadikan Islam sebagai prinsip hidup. Kita mampu mengubah keadaan negara Malaysia kepada lebih baik jika pemimpin kita seorang yang berlandaskan Islam sepenuhnya.            
MOHD AZIZI BIN MUSTAFA
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Timb. Presiden Persatuan Mahasiswa Islam

::MUTIARA KATA::

“Sabar itu tiada had dan penamatnya..
Lagi lama kita bersabar dan lagi besar kesabaran kita maka lagi menggununglah ganjaran kita di akhirat kelak..insyaAllah.

Bukan selamanya malam..siang tetap akan menjelma..
Bukan selamanya panas terik..hujan dingin akan tetap turun..

Sabarlah..kerana pengakhirannya akan indah kerana Allah bersama orang yang sabar dan janji Allah itu pasti”

 ::KARTUNIS::


::AKT::Peperangan Jamal
%d bloggers like this: