<!–[if pub]> 281 1 7560000 10692000 359410 259 261 257 276 262 279 1 0“““““““““““ 5 1 1 285 282 1 False 0 0 0 0 -1 304800 243 True 128 77 255 3175 3175 70 True True True True True 278 134217728 1 2 -9999996.000000 -9999996.000000 8 Empty 16711680 52479 26367 13421772 16737792 13382502 16777215 Bluebird <![endif]–><!–[if pub]> 22858575 22852950 (`@““““` 266 263 5 110183775 110178150 <![endif]–>

Dengan nama Allah yanh Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam atas baginda junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan seterusnya.
Akhlak mulia adalah buah iman yang terhunjam di lubuk hati nurani seorang manusia. Orang yang sempurna imannya sudah semestinya dia memiliki akhlak yang sempurna. Sebaliknya orang yang runtuh akhlaknya menunjukkan atas keruntuhan iman yang ada di dalam dadanya.

Akhlak mulia adalah ciri utama bagi setiap muslim yang beriman kerana hakikat iman itu apabila ia wujud di dalam hati maka ia mampu memelihara segala tindakan dan perbuatan seseorang. Malah orang yang beriman bahawa Allah Taala itu mengetahui segala perbuatannya dan dia yakin bahawa Allah Taala akan membalas segala perbuatan yang dilakukannya itu pada hari Akhirat sudah pasti dia tidak berani melanggar dan melakukan sebarang maksiat sama ada terhadap Allah mahupun pada ciptaanNya yang lain.

Rasulullah S.A.W ada bersabda yang maksudnya :
Tidak sempurna iman seseorang itu yang tidak ada pada dirinya sifat amanah”
(hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah S.A.W. adalah orang yang paling sempurna imannya. Hal ini dapat dilihat apabila Allah S.W.T sendiri mengiktiraf akhlak baginda S.A.W dalam firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) seorang yang memiliki peribadi yang agung.”
(Al-Qalam; 4)
Rasulullah S.A.W merupakan manusia yang terbaik akhlaknya,keimanannya serta ketakwaannya. Jadi, manusia yang paling tinggi tingkatan keimanannya ialah manusia yang paling tinggi akhlak dan budi pekertinya sehingga ketika Saidatina ‘Aisyah r.a. ditanya tentang akhlak dan sifat Baginda S.A.W, maka beliau menjawab :
Akhlak Rasulullah S.A.W itu adalah Al-Qur’an”
(hadis riwayat muslim)

Maksudnya, Rasulullah S.A.W adalah memiliki akhlak yang paling tinggi seperti yang diterangkan di dalam al-Qur’an kerana Baginda S.A.W mengamalkan segala sifat-sifat kemuliaan yang diperintahkan di dalam Al-Qur’an dan Baginda S.A.W  meninggalkan segala sifat-sifat kecelaan yang telah dilarang di dalam Al-Qur’an.

281 1 7560000 10692000 359410 259 261 257 276 262 279 1 0“““““““““““ 5 1 1 285 282 1 False 0 0 0 0 -1 304800 243 True 128 77 255 3175 3175 70 True True True True True 278 134217728 1 3 -9999996.000000 -9999996.000000 8 Empty 16711680 52479 26367 13421772 16737792 13382502 16777215 Bluebird <!–[if pub]> 22858575 22852950 (`@““““` 266 263 5 110183775 110178150 <![endif]–>
Maka di sini, yakin dan percayalah bahawa Rasulullah S.A.W itu merupakan contoh tauladan yang hidup kepada segala akhlak mulia yang dikehendaki di dalam Al-Qur’an.
Ketinggian dan kemuliaan akhlak Baginda S.A.W telah diakui oleh para sahabat, yang merupakan kawan malah diakui juga oleh musuh dan lawannya. Begitu banyak peristiwa-peristiwa yang mana disebutkan di dalam riwayat hidupnya.

Oleh itu, Allah Taala menyuruh kita sebagai umat kekasih-Nya supaya mengikuti kesemua akhlak yang ada pada diri Rasulullah S.A.W dan menjadikan baginda S.A.W itu sebagai ikutan dan teladan sepertimana disebutkan dalam firman-Nya yang bermaksud :
Sesungguhnya bagi kamu semua pada diri Rasulullah itu merupakan contoh tauladan yang baik”
( Al-Ahzab : 12 )
Begitulah sebagaimana dalam hadis Baginda S.A.W, yang mana telah dinyatakan di dalam sabdanya:
Hanya aku ( Muhammad ) diutuskan ( oleh Allah Taala ) bagi menyempurnakan akhlak yang mulia”
( hadis riwayat malik di dalam muwatta’ )
Jelaslah kepada kita bahawa antara tujuan Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T bagi mengajar hamba-hamba-Nya dan umat-umat kekasih-Nya berakhlak mulia sama ada terhadap diri-Nya mahupun terhadap sesama makhluk-makhluk-Nya. Al-Quran dan al-Hadis telah memaparkan kepada kita contoh-contoh yang ideal daripada ketinggian akhlak Baginda S.A.W dan memuatkan tunjuk ajar yang Baginda S.A.W berikan untuk membimbing kita ke arah kesempurnaan akhlak yang merupakan gambaran luar terhadap kekuatan iman yang menghunjam di dalam diri dan hati kita.

Sama-samalah kita berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T sentiasa melimpahi taufiq dan hidayahNya kepada kita sehinggalah kita dapat mengikuti dan mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W sesempurnanya. Malah, sama-samalah kita panjatkan doa semoga kita dikumpulkan di padang Mahsyar kelak bersama-sama dengan Baginda S.A.W dan mendapat syafa’at ‘uzma daripada Baginda S.A.W.
Berdoalah sehari-hari, semoga kita dikumpulkan di dalam syurga Firdaus bersama-sama dengan Baginda S.A.W dan bersama-sama dengan hamba-hamba Allah yang soleh…

Amien Ya Rabbal ‘Alamin.

 

<!–[if pub]> 281 1 7560000 10692000 359410 259 261 257 276 262 279 1 0“““““““““““ 5 1 1 285 282 1 False 0 0 0 0 -1 304800 243 True 128 77 255 3175 3175 70 True True True True True 278 134217728 1 4 -9999996.000000 -9999996.000000 8 Empty 16711680 52479 26367 13421772 16737792 13382502 16777215 Bluebird <![endif]–><!–[if pub]> 22858575 22852950 (`@““““` 266 263 5 110183775 110178150 <![endif]–>
Al – Habibil Ajami Bt. Rashid
Kejuruteraan Petroleum
Ahli Persatuan Mahasiswa Islam, UTM
::KARTUNIS:.
281 1 7560000 10692000 359410 259 261 257 276 262 279 1 0“““““““““““ 5 1 1 285 282 1 False 0 0 0 0 -1 304800 243 True 128 77 255 3175 3175 70 True True True True True 278 134217728 1 5 -9999996.000000 -9999996.000000 8 Empty 16711680 52479 26367 13421772 16737792 13382502 16777215 Bluebird <!–[if pub]> 22858575 22852950 (`@““““` 266 263 5 110183775 110178150 <![endif]–>
“Aqidah adalah ikatan yang paling kuat, yang mengikat antara pejuang dengan tujuannya, dengan orang-orang yang sefahaman dengannya. Tidak ada ikatan yang paling kuat selain ikatan aqidah, dan tidak ada aqidah yang paling kuat selain Islam ”
~As-syahid Hassan Al-Banna~

.:AKT:.Rasulullah s.a.w Contoh Tauladan Terbaik
%d bloggers like this: