Hari ini, 17sept2011 – Unsur Tarbiyyah perlu mendasari 4 perkara ini. Iaitu:
1. Ruh
2. Akal
3. Hati
4. Nafsu.

Dalam pentarbiyyahan seseorang individu itu samada kepada diri sendiri atau individu lain tarbiyah perlu menyentuh ke empat-unsur ini untuk merubah tingkahlaku@ peribadi seseorang itu ke arah yang lebih baik. Tanpa 4 elemen ini pentarbiyyahan seseorang individu itu tidak berkesan

Ruh

Unsur yang yang paling penting sekali ialah ruh.  
Apabila ruh kuat kuat nafsu akan lemah. 
Ruh perlu diperkuatkan dengan amalan-amalan harian yang berterusan dan istimrar.

Tanpa ruh yang kuat akan wujudlah individu yang nampak wara’ tetapi hati kotor dan busuk, pandai berkata-kata dan berilmu tinggi tetapi nafsu kuat, berilmu tetapi tidak mengamalkannya dan sebagainya. Oleh itu pentarbiyyahan ruhiah perlu diberi penekanan yang tegas dalam pembentukan seorang individu muslim.


Akal
Akal yang waras adalah akal yang boleh membezakan yang baik dan buruk dan boleh mengarahkan pemiliknya ke arah kebaikan 
Pembinaan akal boleh dicapai melalui thaqafah.
Thaqafah ini boleh dicapai dengan ceramah, kuliah, dan lain-lain.
Thaqafah ini meliputi pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan.
Thaqafah perlu digarap dan diimplimentasikan serta dipraktikkan ke arah perubahan tingkahlaku yang lebih baik. 
Imam Hassan Al-Banna menggariskan kefahaman sebagai perkara yang pertama dalam rukun baiah” .
Hati
Hati kotor, hati rosak maka rosaklah diri. 
Hati merupakan pusat dalam diri yang berperanan penting dalam mengawal akhlak dan peribadi seseorang. 
Hati bersih akan melahirkan individu yang berakhlak mulia, dekat dengan Allah dan sebagainya. 
Masalah hati menyebabkan kebejatan dalam gerak kerja Islam dan pembentukan individu muslim.  
Hati yang kotor juga mudah dipandu oleh syaitan. 
Bila mana hati semakin jauh dari Allah, akan semakin jauhlah dirikita dari rahmat Allah.
Tanpa rahmat Allah kita mudah terjerumus dalam lembah kejahatan.
 Hati perlu dibersihkan dengan sentiasa berzikir, membaca Al-Quran, solat malam dan sebagainya.
Nafsu.
Firah manusia mempunyai nafsu dan tanpa nafsu manusia tidak boleh meneruskan kehidupan. Sebahagian ulama membahagikan tingkatan nafsu ini kepada 7 peringkat iaitu;
1. Nafsu Ammarah (Gagal)
2. Lawwamah ( Lemah)
3. Mulhamah (Lulus)
4. Mutmainnah (Baik)
5. Radhiah (Sangat baik)
6. Mardhiah (Cemerlang)
7. Kamilah (sangat cemerlang)
Nafsu ammarah biasanya mengajak manusia suka kepada kejahatan. Oleh itu, nafsu ammarah perlu dikekang, dikawal supaya tidak mendominasi diri dan mengajak diri kita suka melakukan perkara kejahatan. Maka pentarbiyyah perlu juga menyentuh nafsu supaya nafsu terdidik untuk suka ke arah kebaikan dan seterusnya mampu membentuk diri menjadi individu yang mengamalkan Islam secara sepenuhnya serta mencapai nafsu mutamainnah. Nafsu mutmainnah merupakan tingkat tertinggi bagi manusia kerana ia berjaya memenjara nafsu jahat sehingga jiwa pemiliknya sentiasa tenang. 
Allah telah befirman dalam Suratul Al-Fajr: 27 – 30 yang bermaksud,
“ Hai jiwa yang tenang (mutmainnah)! Kembalilah kepada tuhanmu dengan rasa reda lagi diredai. Masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu dan masuklah ke syurgaKu.”
kesimpulan
Konklusinya, 4 elemen ini tidak boleh tidak, perlu diambil kira dalam pembentukan seorang individu muslim yang mana tarbiyah perlu menjurus menyentuh, dan dirangka mendasari 4 elemen tesebut. Namun, kekuatan ruh adalah aspek yang paling penting perlu ditekankan kerana ia merupakan tunjang utama untuk membentuk akal yang waras, hati yang bersih dan nafsu mutmainnah, seterusnya membentuk diri menjadi seorang muslim yang sempurna. Kekuatan hubungan dengan Allah adalah teras dan segala apa yag kita lakukan perlu bertitik tolak dari kekuatan aqidah kita kepada Allah kerana kita HANYA HAMBA-NYA. Kita langsung tiada daya tanpa kuasa dan kehendak-NYA. Maka hanya kepadaNYA tempat kita kembali, merujuk dan memohon pertolongan.

Mari Kuatkan Ruh!! Tumpaskan Nafsu!!

~4 Unsur Yang Tidak Boleh Dipisahkan~
%d bloggers like this: